
Namun,maaf sgt-sgt kerana sy tidak berhajat utk bercerita tentang hukum MLM menurut syarak kerana ia telah dibincangkan secara terperinci dan jelas oleh bijak pandai agama.
Berbalik kpd tajuk,sy ingin menarik perhatian pembaca tentang dua perkara yg berbeza.Yang pertama ialah MLM dan yang kedua ialah Jemaah Tabligh.
Sedar atau tidak,kedua-dua golongan manusia diatas mempunyai banyak persamaan yg signifikan.Setiap ahli MLM dan ahli Jemaah Tabligh merupakan'pendakwah'.Maksud dakwah dr segi bahasa ialah mengajak.Namun,si da'ei MLM mengajak kpd perkara yg batil iaitu kpd kesenangan duniawi dan karkun(jemaah tabligh) pula mengajak manusia utk kembali mengingati Allah.
Ahli MLM akan jumpa manusia dan membawa fikir duniawi.Wang,harta,kereta dan wanita cantik.Semuanya disukai oleh nafsu manusia.Mereka akan bercakap soal wang,bagaimana si polan menjadi kaya dalam masa yg singkat..bagaimana si polan sudah mampu berkereta selepas join bisnes..bagaimana si polan boleh bawa ibubapa pergi umrah(dgn duit yg tidak tahu sumbernya),dan lain-lain.
Berbeza dgn si karkun.Mereka akan membawa fikir hidup di dunia sementara dan hidup di akhirat kekal selamanya.Setiap bait kata-kata yg keluar dari mulut mereka ialah tentang fikir dan keriasaun akan hidup yg sementara.Bagaimana kehidupan sahabat,bagaimana kehidupan rasul,bagaimana kehidupan ulama dan segala percakapan akhirat.
Ironinya,manusia bisa menghabiskan masa mendengar kisah si polan menjadi kaya,dapat guna kereta,dapat beli rumah daripada mendengar kisah pengorbanan Rasul,pengorbanan sahabat,kehebatan para sufi,ulama dll.
Mengapa si karkun yg membawa percakapan agama sering dipandang serong?
Adakah kerana pakaian mereka yg mengikut sunnah baginda(jubah dan berserban)?
Adakah kerana mereka tidak menunjukkan cash(wang tunai yg banyak)?
Adakah kerana mereka tidak memandu kereta yg besar-besar dan mahal-mahal?
Adakah kerana mereka makan bersila,menggunakan tangan dan bukannya makan di hotel ekslusif dan bersudu dan begarfu?
Jwpannya jelas.Tanyalah diri kita..tepuk dada,tanyalah iman~
Si pendakwah MLM mengajak manusia utk menceburkan diri di dalam perniagaan dan networking.Sy pernah berpeluang duduk bersama-sama dgn mereka dan sungguh berapi-rapi kata-kata mereka.
Berlainan pula dgn si karkun dan jemaah ini,mereka berucap perkataan yg baik,lembut,sopan dan tertib.Tiada perlu mengeluarkan 'api' samada mengatakan tentang keburukan orang atau memuji org secara berlebih-lebihan.Sesungguhnya mereka mengajak manusia utk kembali ke landasan agama yg sebenar.

Mafhumnya:
Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang mengajak ke jalan hidayat, maka baginya dari pahala seperti pahala (sebanyak pahala) pengikutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun dari pahala mereka. Dan sesiapa yang mengajak ke jalan sesat, maka menanggung dosa sebanyak dosa-dosa pengikutnya, dengan tidak mengurangi dari dosa-dosa mereka sedikit pun. (Diriwayatkan oleh Imam Muslim)
Akhirul kalam,bukannya niat sy utk mengatakan keburukan MLM.Jauh sekali menfitnah!
Sy cuma ingin membuka mata golongan yg memandang ringan usaha atas iman.Sesungguhnya kita semua belum dijamin akan mati sebagai org beriman dan org yg tidak beriman,janji Allah ialah Neraka Jahannam.
No comments:
Post a Comment