footerwidget1

News Update :

footerwidget2

Keluarga

Moto GP News

Tazkirah

Basketball News

Inspirasi

Formula 1 News

Dakwah
Showing posts with label Kembara Hidup. Show all posts
Showing posts with label Kembara Hidup. Show all posts

Thursday, February 9, 2012

Rahsia hari Jumaat


Hari Jumaat ialah hari kebesaran Islam bagi orang mukmin. Hari yang mulia ditentukan buat umat Muhammad SAW. Pada hari itu kepada sesiapa yang berdoa Allah akan memakbulkan doanya. Setiap muslim dikehendaki mempersiapkan diri untuk hari Jumaat mulai dari hari Khamis dengan membersihkan pakaian dan memperbanyakkan tasbih serta memohon keampunan kepada Allah SWT pada malam Jumaat lagi. Kerana pada masa itu nilai mulianya sama dengan masa yang dirahsiakan oleh tuhan pada hari Jumaat.

Amalan Sunat Hari Jumaat

Pada subuh hari Jumaat, maka setiap muslim digalakkan mandi, kemudian memakai pakaian yang berwarna putih kerana pakaian putih lebih disukai Allah. Pakailah minyak wangi yang diharuskan dan berhiaslah dengan memotong rambut, mencukur kumis, memotong kuku dan menggosok gigi.
Sesudah itu bersegeralah ke masjid. Sabda Rasulullah SAW:
” Sesiapa yang masuk dahulu ke dalam masjid pada hari Jumaat untuk sembahyang Jumaat, maka seolah-olah dia sudah berkorban dengan seekor unta dan orang yang masuk pada waktu yang kedua berkorban dengan seekor lembu dan yang masuk pada waktu ketiga maka seolah-olah dia berkorban dengan seekor kambing dan siapa yang masuk ke masjid pada waktu keempat maka seolah-olah ia berkorban dengan seekor ayam, dan orang yang masuk waktu kelima maka seolah-olah dia berkorban dengan sebutir telor. Maka apabila naik imam ke atas mimbar ditutupnya buku catatan dan diletakanlah pena oleh malaikat dan mereka berkumpul dekat mimbar mendengar khutbah”
Kemudian apabila seseorang memasuki masjid, maka ambillah saf pertama dan apabila saf itu sudah penuh ambillah tempat yang kosong dan jangan melangkahi bahu orang lain serta jangan lalu di hadapan orang sedang sembahyang.
Solat Sunat dan Bacaan Surah Pilihan
Kerjakanlah sembahyang tahiyatul masjid dan yang paling afdhal hendaklah menunaikan sembahyang itu empat rakaat dengan membaca setiap rakaat sesudah Fatihah dengan bacaan Surah Al-Ikhlas sebanyak 50 kali. Dalam sebuah hadis dinayatakan: “Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang itu tidak akan mati sebelum ia melihat tempat di syurga”
Jangan tingggalkan sembahyang tahiyatul masjid sekalipun imam sedang berkhutbah. Di Dalam sunnah dinyatakan bahawa sangat baik jika membaca dalam keempat-empat rakaat sembahyang itu dengan surah Al-Anaam, Al-Kahfi atau Yasin. Jika tidak mampu maka bacalah Surah Yasin atau Surah ad-Dukhan atau Alif Lam As-Sajdah atau surah Al-Mulk tetapi jangan sampai tidak membaca surah-surah itu pada malam Jumaat, kerana di dalamnya terdapat beberapa kelebihan.
Manakala pada hari Jumaat pula hendaklah ia memperbanyakkan membaca surah al-Ikhlas dan selawat ke atas Nabi. Apabila Imam naik ke mimbar hentikanlah sembahyang sunat dan juga berkata-kata, jawablah seruan muazzin kemudian perhatikan khutbahnya.. Apabila selesai dari sembahyang Jumaat, maka bacalah Al-Fatihah 7 kali sebelum berkata-kata dan surah Al-Ikhlas, Surah Ma’uzatain (Surah Al-Falak dan An-Nas) amalan sebanyak 7 kali (Lihat Kitab Sirussalikin Jil 1 – 2. m.s 82).
Hal itu dapat memelihara diri seseorang muslim dari satu Jumaat hingga Jumaat akan datang dan memeliharanya dari syaitan.
Kemudian beradalah di masjid hingga waktu Asar atau sampai Maghrib dan hendaklah memperelokkan dalam beribadah pada waktu yang baik iaitu sepanjang hari Jumaat.




SUMBER

Monday, January 23, 2012

Pengalaman Uztaz Harun Din Masuk Ke Dalam KAABAH


Saya pernah tawaf di Baitullah seorang diri. Pelik tetapi benar. Waktu itu iaitu empat tahun sudah (2001) saya datang ke Mekah, Allah taala lah yang mengaturkannya, saya dapat peluang untuk masuk ke dalam Kaabah. Sebab saya datang atas tetamu tokey yang membuat dan membersihkan Masjidil Haram.

Pagi itu saya datang awal. Pengawal keselamatan baru memagar keliling Kaabah dan saya dapat masuk ke dalam pagar itu sebab saya ada Pass VIP. Ketika itu tetamu-tetamu lain tak sampai lagi. Ketika itu lah saya tawaf seorang diri di hadapan Kaabah. Lepas saya habis tawaf baru tetamu-tetamu lain sampai. Ketika itulah saya nampak Hajarul Aswad seterang-seterangnya, ia tidak lagi hitam tetapi sudah kemerah-kemerahan.

Bila pintu Kaabah di buka saya orang yang ke tiga masuk ke dalam. Pertama pembuka pintu Kaabah iaitu daripada Bani Syaibah.

Pembuka pintu itu sudah tua, dia melatih anaknya yang berumur lebih kurang empat tahun untuk membuka pintu Kaabah itu.

Sejarah pintu Kaabah itu, kalau orang yang lain tidak boleh buka. Dia hanya boleh di buka oleh pemegang kunci itu sahaja dari keturunan Bani Syaibah. Bila Nabi meninggalkan Mekah kerana berhijrah ke Madinah, Mekah di kuasai oleh Bani Syaibah. Bani Syaibah ini adalah keturunan yang di amanahkan untuk memegang kunci kaabah sejak turun temurun.


Bila nabi balik semula ke Mekah dalam tahun 7 hijiriah, berlaku peperangan pembukaan Mekah, nabi menang dan orang Islam berkuasa ke atas Mekah. Nabi menghantar Sayidina Ali untuk mengambil kunci pintu Kaabah daripada Bani Syaibah. Sayidina Ali pergi ke Bani Syaibah dan rampas kunci tersebut. Bani Syaibah serahkan kunci kepada Sayidina Ali tetapi bila pintu Kaabah nak di buka tak boleh. Sekejap sahaja datang Jibrail kepada Nabi membawa wahyu dari Allah. Al-Quran (An-Nisaa':58)

Mahfumnya "Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya"

Nabi bagi balik kunci itu kepada Bani Syaibah, walaupun ketika itu Bani Syaibah belum Islam lagi. Rupa-rupanya bila bagi balik, Bani Syaibah kata mesti dia seorang nabi. Kalau dia bukan seorang nabi pasti dia gila kuasa kerana memegang kunci ini adalah satu penghormatan turun temurun. Bila kunci ini dipulangkan balik, ketua Bani Syaibah terbuka hatinya memeluk Islam kemudian semua pengikutnya memeluk Islam sehingga hari ini.

Budak kecil tadi dibawa tangannya untuk pegang kunci oleh bapanya kemudian di buka dan di tolak pintu itu. Saya lihat di depan saya. Berapa besar pintu itu? Berapa tebalnya? Pintu itu dibuat dari Solid Gold beratnya 8 tan. Dia tolak senang sahaja, kemudian kami masuk.

Mula-mula sekali saya pergi sembahyang di satu ruang belakang pintu Kaabah yang menghadap ke arah Hajaral Aswad (dari dalam) iaitu di bahagian Multazam. Selama sejam saya berada di dalam Kaabah itu.

Di dalam Kaabah itu masih ada lampu yang digunakan pada zaman nabi dahulu. Zaman Kerajaan Umaiyyah ditukar lampu lain seterusnya zaman Kerajaan Abasiyah juga tukar lampu. Apabila lampu di tukar, lampu yang lama di simpan di dalam Kaabah. Berpuluh-puluh atau mungkin beratus-ratus lampu lama ada disimpan di dalam itu.
Pengalaman kedua, saya membantu salah seorang yang terkaya di Saudi Arabia, multi-billionaire, semua projek di Saudi dia yang buat. Dia ada masalah keluarga mintak tolong saya ikhtiarkan. Allah nak tunjukkan bahawa masalah yang dihadapi itu telah terlalu lama, ada duit yang banyak pun tak boleh selesai.

Dia tunggu saya di airport Jeddah dengan jet peribadi. Saya tak pergi imigresen dia terus ambil saya dari tangga kapal terbang terus masuk ke jet dia. Sungguh kuat pengaruh dia, saya tanya passport saya bagaimana, tak ada masalah dia dah uruskan. Naik jet dia pergi ke Madinah. Saya selesaikan masalah dia dengan izin Allah SWT. Lepas itu biasalah adat orang Arab nak bagi itu nak bagi ini sebagai balasan.
Saya kata kepada dia, "Kalau kamu nak masalah itu selesai selama-lamanya dan tak berulang semula, jangan bagi pada aku apa-apa, kalau kamu bagi, aku boleh terima tetapi masalah itu akan berulang balik."

Dia mintak maaf tetapi dia kata "Aku nak buat sesuatu untuk kamu apa yang kamu nak?". Saya kata "Ok kalau begitu apa yang aku nak tolong bawak aku masuk ke dalam Kaabah." Dia kata "Itu mudah sangat, esok pun aku boleh arah buk". Saya kata "Tak apalah kamu arahlah”. Dia kata "Tak apa itu perkara kecil, mintak yang lain." Saya kata "Tidak, itu paling besar pada saya. Kalau kamu boleh bawa masuk aku ke dalam Kaabah, itu sudah lebih daripada cukup."

Akhirnya saya dapat masuk. Saya masuk dengan dia ke dalam Kaabah, itulah kenangan yang tak boleh saya lupa sampai hari ini.






SUMBER

Berbogel Untuk Seni ?


Berbogel untuk Seni


Madah bercili bagi artis Hollywood tentang kerelaan mereka untuk melakukan aksi ranjang dan berbogel merupakan rona-rona normal dalam kehidupan bebas mereka. Ini adalah kerana mereka menganut fahaman sekular dan liberal, di mana mereka mengasingkan agama dengan kehidupan mereka, dan juga mereka beranggapan mereka bebas melakukan apa saja, atas tiket Hak Asasi Manusia (HAM).

Kerosakan ini dapat kita lihat secara langsung, tatkala dunia di hujung jari. Klik pada tetikus saja, boleh dah nampak gambar telajang sana-sini. Ada juga diantara mereka memang berniat untuk melucah. Ada juga di antara mereka berbogel atas tiket seni. Perkara ini sudah banyak terjadi di dunia Barat. Lazimnya, yang berbogel atas tiket seni adalah kaum wanita. Masakan tidak, wanitalah mempunyai pelbagai aset pada tubuh mereka. Ehem ehem... Rasanya tak perlu tulis kat sini. Kang ada yang mimpi basah, salahkan penulis pulak. Ahaks!

Serangan pemikiran atas tiket seni ini telahpun menerobos ke dalam pemikiran umat Islam dalam negara kita. Mereka rela beraksi ghairah untuk mendapat rating tinggi dalam sesebuah filem. Contohnya aksi wanita-wanita muslim berkemban. Mendedahkan aurat itu sememangnya salah, apatah lagi berkemban yang boleh membuatkan lelaki normal terangsang. Contoh lain yang terkenal adalah aksi ghairah Maya Karin dalam filem Ombak Rindu. Apa kejadahnya semua ini? Pemerintah dok nganga. Orang berdakwah ditangkap, orang merangsang nafsu orang lain tak ditangkap?

Kisah panas terbaru, artis yang tak berapa terkenal dan tak berapa gah telah membuat kenyataan pada Kosmo! yang berbunyi:
"SAYA tidak akan menolak jika ditawarkan untuk berbogel dalam mana-mana filem di masa-masa hadapan dan isteri saya pun tidak kisah jika saya dikehendaki berbogel sekali lagi (dalam filem)". Inilah salah satu bukti kerosakan pemikiran umat Islam hari ini. Si suami meletakkan isteri sebagai tempat rujukan dan kayu ukur perbuatan. Dan seolah-olah isterilah Tuhan bagi meredhai segala perbuatannya.

ูŠَุง ุฃَูŠُّู‡َุง ุงู„َّุฐِูŠู†َ ุขู…َู†ُูˆุง ุฃَุทِูŠุนُูˆุง ุงู„ู„َّู‡َ ูˆَุฃَุทِูŠุนُูˆุง ุงู„ุฑَّุณُูˆู„َ ูˆَุฃُูˆู„ِูŠ ุงู„ْุฃَู…ْุฑِ ู…ِู†ูƒُู…ْ ۖ ูَุฅِู† ุชَู†َุงุฒَุนْุชُู…ْ ูِูŠ ุดَูŠْุกٍ ูَุฑُุฏُّูˆู‡ُ ุฅِู„َู‰ ุงู„ู„َّู‡ِ ูˆَุงู„ุฑَّุณُูˆู„ِ ุฅِู† ูƒُู†ุชُู…ْ ุชُุคْู…ِู†ُูˆู†َ ุจِุงู„ู„َّู‡ِ ูˆَุงู„ْูŠَูˆْู…ِ ุงู„ْุขุฎِุฑِ ۚ ุฐَٰู„ِูƒَ ุฎَูŠْุฑٌ ูˆَุฃَุญْุณَู†ُ ุชَุฃْูˆِูŠู„ًุง

"Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya" [an-Nisa'(4:(59]

Tambahnya lagi:
"Saya beruntung kerana keluarga dan isteri saya, Fyza memahami tugas saya selaku seorang pelakon. Mereka tahu saya lakukan semua ini untuk tugas saya dan saya juga akan bertindak profesional. Isteri saya tidak kisah, kerana dia tahu saya ramai 'teman wanita' dalam setiap produk lakonan saya".

Lihat, inilah kerosakan yang terpampang sendiri di depan mata kita. Umat Islam sudah tidak kisah untuk melakukan kekejian secara terbuka dan tidak ada sekelumitpun rasa malu tentang perbuatan kejinya itu. Dengan manusia yang kita nampak pun tak malu, apatah lagi dengan Allah yang kita tak nampak.

Hedonimse, sekularisme, dan liberalisme akan terus bertunjang dalam pemikiran masyarakat selagi mana pemerintah kita tidak menerapkan hukum-hakam Allah dan terus menjadi anjing-anjing Yahudi dan Nasrani.

Kepada pemimpin dan penyokong pemimpin, hayatilah peringatan daripada Allah ini

ู‡َٰุฐَุง ูَูˆْุฌٌ ู…ُّู‚ْุชَุญِู…ٌ ู…َّุนَูƒُู…ْ ۖ ู„َุง ู…َุฑْุญَุจًุง ุจِู‡ِู…ْ ۚ ุฅِู†َّู‡ُู…ْ ุตَุงู„ُูˆ ุงู„ู†َّุงุฑِ
ู‚َุงู„ُูˆุง ุจَู„ْ ุฃَู†ุชُู…ْ ู„َุง ู…َุฑْุญَุจًุง ุจِูƒُู…ْ ۖ ุฃَู†ุชُู…ْ ู‚َุฏَّู…ْุชُู…ُูˆู‡ُ ู„َู†َุง ۖ ูَุจِุฆْุณَ ุงู„ْู‚َุฑَุงุฑُ
ู‚َุงู„ُูˆุง ุฑَุจَّู†َุง ู…َู† ู‚َุฏَّู…َ ู„َู†َุง ู‡َٰุฐَุง ูَุฒِุฏْู‡ُ ุนَุฐَุงุจًุง ุถِุนْูًุง ูِูŠ ุงู„ู†َّุงุฑِ

(Penjaga neraka berkata kepada ketua-ketua golongan kafir dan penderhaka itu:( " Ini ialah serombongan (orang-orang kamu) yang masuk berasak-asak bersama-sama kamu ". (Ketua-ketua itu berkata:( " Mereka tidak perlu dialu-alukan, kerana sesungguhnya mereka pun akan menderita bakaran neraka ". Pengikut-pengikut mereka menjawab: " Bahkan kamulah yang tidak perlu dialu-alukan, kerana kamulah yang membawa azab sengsara ini kepada kami, maka amatlah buruknya neraka ini sebagai tempat penetapan ". Mereka berkata lagi: " Wahai Tuhan kami! Sesiapa yang membawa azab ini kepada kami, maka tambahilah dia azab seksa berlipat ganda di dalam neraka ".[Sod(38:(59-61]



Kedudukan Wanita Sebelum dan Selepas Datang nya ISLAM


Wanita kini yang begitu sibuk dengan urusan dunia

Wanita sebelum Rasulullah S.A.W, tidak berdarjat dan tidak berguna kecuali untuk memelihara keturunan dan mengatur rumahtangga. Apabila isteri melahirkan anak yang tidak cantik mereka akan membunuhnya. Wanita yang ‘subur’ dipinjam kepada lelaki (bukan suaminya) untuk melahirkan anak. Pendek kata, masa perkembangan peradaban Yunani, wanita hanya melayani cinta dan hawa nafsu.

Plato dan Aristotles

Aristotles tidak berpandangan baik terhadap kaum wanita. Dalam pandangannya, wanita adalah manusia yang serba kekurangan. Kehidupan dalam rumahtangga adalah kehidupan yang impian, dan adalah silap untuk menyamakan dengan taraf lelaki. Menurut Plato(guru kepada Aristotles), keberanian lelaki adalah dalam kepimpinan dan keberanian wanita adalah dalam melakukan pekerjaan-pekerjaan yang rendah.

Zaman Yahudi

Pada zaman Yahudi, sebahagian orang menjadikan anak perempuan setaraf dengan pelayan ataupun hamba, dan ayahnya berhak menjualnya. Wanita boleh menerima waris, kecuali bila ayahnya tidak mempunyai keturunan anak lelaki. 

Dalam ‘Sifr Al Jamiah’ dinyatakan, “Aku dan hatiku berkeliling untuk menyelidiki dan mencari hikmat dan akal, dan untuk mengetahui kejahatan adalah kebodohan, dan untuk mengetahui kedunguan adalah kegilaan. Aku mendapatkan yang lebih buruk dari maut adalah wanita yang merupakan jaring, sedang tangannya adalah perangkap dan tali”.

Pepatah orang China mengatakan, “Dengarkanlah isterimu dan jangan mempercayainya”.

Pepatah Russia mengatakan, “Tidaklah anda dapatkan dalam setiap sepuluh wanita kecuali satu jiwa.”

Pepatah Itali mengatakan, “Kendali itu untuk beradu cepat dan kuda lumba, sedangkan tongkat itu untuk wanita yang buruk akhlaknya.”

Pepatah Sepanyol mengatakan, “Takutilah wanita yang buruk tingkah lakunya dan jangan membanggakan wanita mulia.”

Penganut Hindu

Disebutkan dalam hukum-hukum Hindu, wabah kematian, neraka, racun, ular dan api lebih baik daripada wanita.

Disebutkan dalam hukum Manu iaitu sebahagian dari ajaran Hindu, bahawa pada masa kecil wanita tunduk kepada ayahnya, pada masa muda tunduk kepada suaminya, pada masa jandanya tunduk kepada anak-anaknya. Dan ketika dia tidak mempunyai anak dan sanak saudara, ia tunduk kepada kerabat suaminya dan tidak boleh urus dirinya sendiri.

Bangsa Rom

Dinyatakan dalam hukum Romawi, perempuan dianggap hamba lelaki dan sebagai barang dagangan murah yang dapat dipergunakan sebagaimana dikehendaki. Ia menguasai wanita sekehendaknya sehingga hidupnya menjadi milik ayahnya, kemudian suaminya, kemudian anak-anaknya. Pemilikan mereka terhadapnya sama seperti memiliki haiwan dan benda mati. Laki-laki melihat kepada perempuan sebagai pembangkit syahwat dan perempuan itu syaitan dan kotor, dan ia tidak memiliki kekuasaan atas kebetinaannya.

Patut kita ketahui penghinaan dan ejekan yang dialami wanita Rom, iaitu ketika orang-orang Rom berkumpul untuk membahas hal ehwal kaum wanita. Mereka memutuskan bahawa wanita adalah makhluk yang berjiwa dan tidak akan mewarisi kehidupan ukhrawi sedangkan dirinya kotor dan tidak boleh memakan daging, tidak boleh ketawa dan tidak boleh berbicara. Wanita harus menghabiskan seluruh waktunya dalam layanan dan bersikap tunduk (seperti hamba).

Mereka menghina wanita antara lain dengan melarangnya bercakap sejak dari mula merangkak sehingga boleh berjalan, kemudian bekerja di rumahnya tanpa mengucapkan apa-apa perkataan pun. Apabila berbicara, ia akan menimbulkan bencana. Kerana percakapannya adalah alat merayu. Larangan tersebut adalah undang-undang yang dikeluarkan oleh anggota Dewan Tribunal Romawi yang mengharamkan wanita memiliki lebih emas, dan memakai baju berwarna warni serta menaiki kereta hingga sejauh satu batu dari Rome, kecuali perayaan-perayaan umum yang tertentu.

Ada suku bangsa yang menganjurkan wanita yang ditinggal mati suaminya agar bunuh diri. Isteri yang malang terjun dari tempat yang tinggi sehingga patah lehernya atau patah tulang rusuknya. Adakalanya wanita membakar dirinya di dalam api yang digunakan untuk membakar jasad suaminya. 

Orang-orang Mesir Kuno

Wanita di kalangan orang mesir kuno mempunyai kedudukan yang tinggi dan ini dapat dilihat dalam penyembahan Isis, dewi keibuan, cinta dan kecantikan.

Isi, dewi keibuan yang dipuja oleh orang Mesir kuno

Isis melambangkan kesuburan seperti wanita. Wanita Mesir juga dibebani kekuasaan dan tunduk di atas takhta kerajaan. Ratu pertama yang memerintah menurut sejarah ialah Hatshapsut.

Hatshaput adalah wanita pertama yang memerintah Mesir

Oleh kerana wanita dianggap makhluk yang tinggi kedudukannya, maka hukum-hukum peradaban Mesir melayan wanita dengan baik. Ini dapat kita saksikan dengan jelas dalam sejarah penulisan Mesir. 

Telah dijumpai lembaran-lembaran kertas dekat Taibah yang mencantumkan nasihat-nasihat Ptahhotep yang berbunyi; “Apabila engkau menjadi seorang lelaki yang berkedudukan, dirikanlah rumahtangga bagimu. Cintailah isterimu di dalamnya dengan cinta yang tulus. Berilah dia keperluannya berupa makanan dan pakaian. Dan berilah minyak wangi untuk isterimu. Kerana boleh menyegarkan anggota-anggota tubuhnya dan jadikanlah dia bahagia selama engkau hidup, kerana isteri adalah cermin suaminya yang memantulkan segala upaya yang dicurahkannnya demi kebahagiaannya. Jangan lah engkau bersikap kasar di dalam rumah. Kerana kelembutan itu mendekatkan hati wanita, sedang kekasaran itu menjauhkannya.”

Zaman Arab Jahiliyah

Di zaman Arab Jahilliyah, wanita mendapat penghormatan yang amat sedikit. Ramai wanita dianiayai. Beberapa contoh yang buruk malah paling kejam ialah menguburkan bayi hidup-hidup. Kekejaman terhadap bayi perempuan di kalangan Arab zaman jahiliyah amat menyedihkan dan sangat hina. Banyak kes penguburan hidup-hidup bayi yang tidak berdosa.

Allah
 S.W.T berfirman yang maksudnya, 

“Dan apabila seseorang dari mereka diberi khabar dengan kelahiran anak perempuan, hitamlah (merah padamlah) mukanya dan dia sangat marah." 
(Surah An Nahl : Ayat 58)

“Ia menyembunyikan dirinya dari orang ramai disebabkan buruknya berita yang disampaikan kepadanya. Apakah dia akan memeliharanya dengan menanggung kehinaan apakah akan menguburkannya ke dalam tanah (hidup-hidup), ketahuilah alangkah buruknya apa yang mereka tetapkan itu.” 
(Surah An Nahl : Ayat 59)

“Dan demikianlah pemimpin-pemimpin mereka menjadikan orang-orang musyrik itu menganggap baik membunuh anak-anak mereka untuk membinasakan mereka dan untuk mengaburkan mereka bagi agama mereka. Dan kalau Allah mengkehendaki, nescaya mereka tidak mengerjakannya, tinggalkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan.” 
(Surah Al An’am : Ayat 137)

Kes bunuh bayi hidup-hidup dilakukan disebabkan takut jatuh miskin. Ini seperti yang diberitahu oleh Imam Al Qurthubi, “Di antara bangsa Arab ada yang membunuh anaknya kerana takut miskin, sebagaimana disebutkan Allah S.W.T. Di antara mereka ada yang membunuhnya secara kejam, tanpa alasan apa pun mereka membunuh. Mereka adalah suku-suku Rabiah dan Mudlar yang membunuh anak-anak perempuan demi harga diri.”

Diriwayatkan, seorang lelaki sahabat Rasulullah S.a.w kelihatan resah di hadapan Rasulullah S.a.w. Kemudian Rasulullah S.a.w bertanya kepadanya, “Mengapa engkau bersedih?”

Orang itu menjawab, “Ya Rasulullah, aku telah berbuat dosa di zaman jahiliyah dan takut Allah tidak mengampuni jika aku masuk Islam.”

Baginda berkata, “Ceritakanlah kepadaku tentang hal itu.”

Orang itu berkata, “Ya Rasulullah, aku termasuk antara orang-orang yang membunuh anak-anak perempuan. Tatkala aku mendapat anak perempuan, isteriku memohon dariku agar membiarkannya. Aku pun membiarkannya sampai besar dan menjadi wanita yang paling cantik. Orang-orang meminangnya. Timbul rasa bangga dalam diriku dan hatiku tidak mengizinkan untuk mengahwinkannya dan membiarkannya di rumah tanpa kahwin.

Aku
 berkata kepada isteriku, aku ingin pergi ke suku lain untuk mengunjungi para kerabatku dan ingin membawa puteriku. Isteriku gembira atas hal itu dan menghiasinya baju cantik dan barang perhiasan. Ia minta agar aku berjanji untuk tidak mengkhianatinya. Aku pergi bersamanya menuju ke tepi sebuah sumur. Kemudian aku memandang ke dalam sumur itu. Anak perempuan itu mengerti, aku akan melemparkannya ke dalam sumur. Ia pun memelukku dan mulai menangis seraya berkata, “Wahai ayahku, apakah yang akan engkau lakukan terhadapku?”

Aku pun kasihan kepadanya , kemudian aku memandang ke dalam sumur dan timbul rasa bangga padaku. Kemudian ia memelukku dan berkata, :Wahai ayahku, janganlah engkau mengkhianati amanah ibuku.”

Aku terus memandang ke dalam sumur dan memandangnya pula hingga syaitan mengalahkan aku, lalu ku pegang dia dan ku campakkan ke dalam sumur kemudian ia berteriak di dalam sumur, “Wahai ayah, engkau telah membunuhku!”

Aku tinggal di situ hingga lenyap suaranya, lalu aku pulang. Menangislah Rasulullah S.a.w dan para sahabatnya, baginda berkata; “Andaikata aku disuruh menghukum seseorang lantaran perbuatan dilakukannya di zaman jahiliyah, nescaya aku menghukummu.”

Wanita juga bertindak bengis terhadap anak perempuan di zaman jahiliyah seperti yang dilakukan oleh lelaki. Menurut Ibnu Abbad, wanita di zaman jahiliyah ada yang bila mengandung, ia menggali lubang dan berbaring di tepinya. Apabila lahir bayi perempuan, ia akan mencampakkannya ke dalam lubang tersebut dan menanamnya hidup-hidup, tetapi apabila bayi lelaki yang lahir maka ia pun membiarkannya hidup.

Menurut Qatadah, suku Mudlar dan Khuzaah menguburkan anak-anak perempuan hidup-hidup dan yang paling kejam antara mereka ialah dari Bani Tamim. Mereka takut tertindas.

Penghinaan terhadap wanita di zaman jahiliyah Arab bukan hanya terbatas kepada penguburan bayi hidup-hidup, tetapi kehinaan itu meliputi seluruh segi kehidupan mereka, seperti wanita dijadikan hamba seks, hamba abdi yang boleh diperintahkan apa saja dan tidak mempunyai apa-apa hak.

Setelah kedatangan Islam, martabat kaum wanita diangkat dan dimuliakan. Tiada lagi diskriminasi terhadap kaum wanita dan mereka juga mempunyai hak-hak tertentu di dalam kehidupan. Begitulah adilnya Islam terhadap kaum wanita dan telah membebaskan mereka dari diskriminasi yang telah sekian lama membelenggu diri mereka.

Wanita Kini

Semakin ramai wanita yang bekerjaya

Jika kita lihat pada wanita sekarang, mereka terlalu taksub untuk bersaing dan ada yang mahu melebihi kaum lelaki. Semoga kita tidak mudah lupa diri dan begitu kejarkan kejayaan duniawi yang sementara. Jika dilihat di kebanyakan universiti negara kita sekarang, rata-ratanya dipenuhi oleh kaum wanita. Maka tidak mustahil, suatu masa nanti, semakin ramai isteri berkerjaya sedangkan suami menjadi suri rumah, yang mana telah pun wujud sekarang ini.

Keadaan ini amat bertentangan dengan lumrah kehidupan manusia itu sendiri sejak dari dahulu lagi, orang lelaki mencari rezeki sedangkan perempuan menjaga rumah dan anak-anak. Keadaan yang mula berubah sekarang ini adalah satu rekod sejarah, kerana tidak pernah sesekali berlaku di zaman dahulu lelaki yang menjaga anak manakala wanita bekerja di luar rumah. Ini lah situasi akhir zaman. 

Dunia 
akan menjadi rosak jika keadaan ini berterusan. Apa gunanya anda berkerjaya mewah dan tinggi sedangkan keluarga terabai. Anak-anak diuruskan oleh orang gaji. Ada juga ibu bapa yang menghantar anak-anak belajar dari pagi sampai petang kerana tiada masa untuk menjaga anak-anak.

Luangkan masa dengan mereka dan berikan masa untuk mereka bermain seperti anda ketika masih kecil. Masih ingat bukan?


Kadar jenayah yang meningkat saban tahun di dunia sekarang ini, akibat dari undang-undang Islam diabaikan dan diguna pakai undang-undang merapu ciptaan manusia yang bukannya semakin membina bahkan semakin meruntuhkan lebih-lebih lagi runtuhnya akhlak dan peradaban. Undang-undang yang saya tekankan adalah bukannya merujuk kepada hudud semata-mata tetapi merangkumi gaya hidup Islam sepenuhnya.

Wanita sekarang ramai yang gilakan pangkat dan jawatan tinggi serta bergaji lumayan. Ini pun satu penyakit yang tidak disedari ramai dan telah menjadi suatu perkara yang biasa. Sedangkan ia boleh menjejaskan kehidupan manusia itu sendiri suatu masa nanti. Wanita sekarang suka menjadi pemimpin, sedangkan jawatan kepemimpinan amat tidak sesuai dengan mereka. Kaum wanita hanya sesuai menjadi golongan penasihat, bukannya menjadi imam atau pemimpin. Itu yang perlu difikirkan kembali.
“Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, kerana Allah telah melebihkan orang lelaki (daripada beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang lelaki telah membelanja (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka”. 
(Surah an-Nisa’ : Ayat 34)

Ayat
 di atas dengan jelas dan terang (muhkam) menyatakan bahawa orang lelaki adalah pemimpin dan mempunyai kelebihan ke atas orang perempuan. Maka adakah kita masih tidak berpuas hati dengan firman Allah? Mahu mencari alasan lagi?

Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: 
“Suami adalah penjaga (pemimpin) terhadap kaum keluarga dan ia dipertanggungjawabkan terhadap orang-orang di bawah jagaannya dan isteri adalah penjaga (pemimpin) di dalam rumah tangga suaminya dan anak-anaknya dan dipertanggungjawabkan terhadap orang-orang yang di bawah tanggungannya” 

Hadith riwayat Bukhari.

Di dalam hadith di atas pun telah dibataskan kepimpinan isteri. Isteri tetap di bawah suami dan hanya boleh memimpin anak-anaknya. Kerana itu lah amat tidak sesuai sekali seorang wanita menjadi pemimpin sebuah masyarakat di mana masyarakat tersebut masih mempunyai ramai orang lelaki. Adakah lelaki-lelaki itu semua tidak pandai memimpin sehingga terpaksa menggunakan khidmat wanita untuk menjadi pemimpin. Perkara ini juga perlu dikaji semula, kerana kesan pengaruh British terhadap perjalanan kehidupan di negara-negara bekas jajahan mereka banyak terpengaruh dengan cara hidup mereka.

Imam Hasan Al-Banna


Menurut Imam Hasan Al-Banna, wanita tidak dibenarkan menjawat apa-apa jawatan di wilayah ‘ammah atau wazarah tafwid seperti kepimpinan ketenteraan (wilayah jihad), wilayah hisbah, wilayah kehakiman, wilayah haji, wilayah kharaj dan lain-lain bentuk umum. Selain dalil-dalil biasa dari Al-quran dan al-Hadith, beliau juga berdalilkan ijma’ amali yang menunjukkan bahawa sejak zaman Rasul SAW, baginda tidak pernah melantik kepimpinan umum di kalangan wanita dan hal ini berterusan hinggalah jatuhnya empayar Islam Uthmaniyyah. Malah Rasulullah SAW dan para sahabat juga tidak pernah melantik ahli keanggotaan syura (ahl al-hal wal aqd) dari kalangan wanita.
“Tidak akan pernah beruntung suatu kaum yang menyerahkan urusan (pemerintahan) mereka kepada seorang wanita” 
Hadith Riwayat Bukhari

Dan
 hujjah yang kukuh lagi tentang tidak layaknya wanita menjadi pemimpin lebih-lebih lagi pemimpin sebuah negara ialah tidak berlaku langsung pada zaman Nabi Muhammad S.a.w dan para sahabat bahawa mereka mengangkat seorang wanita menjadi khalifah. Itu sudah nyata dan terang bagi kita. jika benar wanita itu layak, sudah pasti telah dicontohi oleh Nabi dan sahabat kerana mereka adalah contoh terbaik kita. Sedangkan dalam hal berpoligami pun telah dicontohi oleh Nabi Muhammad S.a.w, adalah tidak munasabah tidak dicontohi wanita menjadi pemimpin, jika benarlah wanita itu layak untuk memimpin rakyat.

Ada pendapat yang mengatakan wanita boleh menjadi pemimpin berdasarkan kepada peristiwa Ratu Balqis di zaman Nabi Sulaiman. Tetapi perlu difikirkan semula, kisah Ratu Balqis berlaku di zaman mana? Dan apa yang jadi sesudah dia berkahwin dengan Nabi Sulaiman? Tetap Nabi Sulaiman menjadi pemimpin. Dan seperti hujah di atas, tiada dicontohi oleh Nabi dan para sahabat mengangkat wanita menjadi khalifah.

Jika kita teliti, banyak syarikat sekarang yang hanya mahu mengambil pekerja wanita sahaja. Kerana wanita boleh melariskan lagi perniagaan mereka. Ini sebenarnya mengekploitasi kehadiran wanita. Senario ini sepatutnya dikaji dengan teliti kembali agar ianya tidak menjadi parah di kemudian hari. Mencegah lebih baik dari merawat.

Saya sesekali tidak mengatakan bahawa kaum wanita tidak layak bekerja sama sekali. Tetapi kajian perlu diadakan semula bagi menilai sektor dan jenis pekerjaan manakah yang sesuai dan mana pekerjaan yang sepatutnya di serahkan kepada kaum lelaki sahaja. Ini bagi mengelakkan terjadinya p
engabaian terhadap anak-naka dalam rumahtangga, berlaku fitrah kemanusiaan yang songsang iaitu perempuan bekerja di luar sedangkan lelaki jaga anak dan menjadi suri rumah dan masyarakat mengalami kerugian kerana di pimpin oleh ramai orang perempuan.




Football News

Pendidikan
 

© Copyright Pedoman101 2010 -2011 | Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.comfree download all.