footerwidget1

News Update :

Tuesday, January 17, 2012

Maintenance Utk Hati

Bismillahirrahmanirrahim..
Sedikit perkongsian,semoga yg sedikit menjadi manfaat dan semoga yg banyak menjadi faedah.

Hati merupakan RAJA bagi manusia.Jika baik hatinya,maka setiap perbutannya adalah baik shj.Namun,jika rosak hatinya,maka setiap perbuatannya adalah kpd kerosakan dan kemungkaran.


Punca hati kotor

* Jahil tentang islam
* Lemah iman(yakin dgn kekuasaan Allah)
* Makan dan minum yg haram,samada sumber atau sifat
* Maksiat(zahir atau batil)

Menurut Imam Al-Ghazali,maksiat batil terbahagi kpd beberapa perkara

1. Gemar makan
2. Suka berbual kosong
3. Ghadab(marah)
4. Hasad dengki
5. Bakhil/kedekut
6. Cinta kpd dunia
7. Cintakan kemegahan
8. Takbur
9. Ujub(hairan terhadap kelebihan diri sendiri)
10. Riak(mengharap pujian)

Setiap yg dilarang oleh Allah itu mempunyai hikmah yg besar di sebaliknya.Semoga ada diantara kita yg sedar akan pentingnya menjaga kebersihan hati.Bersih pakain melalui cucian,bersih hati
melalui sifat kehambaan.

Lebih teruk dari hati yg kotor ialah hati yg mati.Seringkali manusia takut bila diserang penyakit fizikal.Mereka sanggup berhabisan jutaan wang ringgit merawat sakit fizikal.Benar,urusan kita adalah berusaha,sedangkan penyakit dan penyembuhannya datang dari Allah.Dari Allah ia datang,dan kepada Allah jua ia kan pergi.



Namun,sedikit antara masyarakat umumnya,termasuklah diri saya tidak peduli akan penyakit yg lebih besar dan teruk dr segala penyakit.Penyakit terlalu kronik yg sedikit demi sedikit menghakiskan iman dan kebenaran dalam diri.Penyakit yg menyerang setiap inci tubuh badan yg menghilangkan malu,hilangkan kesabaran dan kewarasan akal.Penyakit yg membunuh kebaikan dan melahirkan kezaliman serta kejahatan.

Oleh sebab itulah,penting kita mengenal akan simptom hati berpenyakit ini kerana kita boleh ambil 'ubat' rawati hati yg sakit ini.Antara tanda hati mati ialah;

1. Kita mengaku kita kenal Allah,tetapi kita tidak mahu menunaikan hak-hakNya.
2. Kita mengaku cintakan Rasulallah,tetapi kita mengabaikan sunnah-sunnahnya.
3. Kita membaca Al-Quran,tapi kita tidak mahu beramal dengan hukum-hukum di dalamnya.
4. Kita menggunakan segala nikmat Allah,namun kita tidak bersyukur.
5. Mengaku syaitan itu musuh yg nyata tetapi kita tidak berusaha menentangnya.
6. Kita mengaku ada siksa neraka tetapi kita tidak berusaha menjauhinya.
7. Mengaku ada nikmat syurga tapi tak mahu berusaha mendapatkannya.
8. Mengaku kematian pasti tiba tetapi kita tak berusaha menghadapinya.
9. Kita sibuk membuka aib org lain,tapi kita lupa akan aib kita sendiri.
10. Kita hantar dan kuburkan mayat,namun kita tidak mengambil ikhtibar dr kematian.

Sekiranya ada antara simptom di atas pada diri kita,ayuh! cepat-cepatlah kita mengambil ubat yg percuma ini.Tanpa perlu bayaran yg tinggi.Antara ubat hatiialah;

* Baca Al-Quran beserta maknanya
* Dirikan solat malam(tahajjud)
* Selalulah bercampur dgn org-org soleh
* Banyakkan berpuasa
* Memperbanyakkan zikrullah

Usah dirisau sgt akan sakit barah hati,kerana dgn barah kita boleh mati dan tanpa barah juga kita akan mati.Tanpa sakit manusia akn mati,dgn sakit juga kita akan mati.
Namun,risaulah sekiranya hati kita berpenyakit kerana bimbang sakit yg kronik ini akan melumatkan iman dan menlenyapkan taqwa.Takutlah!Bimbanglah!Risaulah sekiranya kelak kita kan mati tanpa iman dalam dada dek dirosakkan oleh hati yg berpenyakit ini(hati mati).Justeru ingatlah semua,sesungguhnya iman kita ini tiada jaminan.Tiada jaminan syurga bagi kita melainkan kita berusaha mendapatkannya..


No comments:

Post a Comment

 

© Copyright Pedoman101 2010 -2011 | Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.comfree download all.