footerwidget1

News Update :

Monday, January 16, 2012

Ah! Aku gagal untuk istiqamah

Dahulu.
Terkenang kembali hari-hari awal saya bernafas dalam jiwa hamba. Kalau tak silap suku akhir tahun 2008. Syukur, Allah beri 'hadiah' yang sangat bernilai iaituhidayah. Saya tidak lahir dari keluarga alim-ulama, tidak juga mendapat pendidikan di sekolah agama, jauh sekali aktif berdakwah semasa sekolah dahulu.

Namun, jika Allah mengkehendaki kebaikan kepada hambanya, maka tidak akan ada satu kuasa pun yang dapat menghalang kehendak Allah itu. Sungguh!

Lain orang, lain cara dapat hidayah.
Ramai orang menemui hidayah melalui jalan yang sukar seperti kehilangan ahli keluarga, muflis, kehilangan harta-benda dan mungkin ditimpa kecelakaan yang meragut nikmat sihat. Ada juga yang beroleh hidayah melalui paksaan seperti seorang anak yang dirotan bapanya kerana malas solat, atau seorang anak murid yang didenda oleh gurunya kerana tidak sopannya, atau mungkin juga anak gadis yg dipaksa berkahwin dgn lelaki soleh yang bukan pilihan hatinya. Namun akhirnya, hidayah Allah datang melalui jalan itu.

Ada juga yang beroleh hidayah melalui pencarian yang panjang. Nabi Ibrahim sendiri tercari-cari siapa tuhannya. Pernah dia membayangkan tuhannya berhala ,namun ternyata berhala itu ciptaan manusia, tidak mampu bergerak apatah lagi berkata-kata. Pernah juga dia menyangka tuhan itu matahari yang bercahaya terang menerangi seluruh alam kala siang. Namun akhirnya matahari bergerak dan diganti dengan gelap malam. Kata Nabi Ibrahim,'Tuhanku pasti tidak akan meninggalkan aku!'. Pencarian demi pencarian akhirnya menemukannya dengan Allah, pemilik alam ini.

Juga, ada orang dikurniakan nikmat hidayah melalui suasananya. Anak cina tertarik dengan islam kerana berkawan dengan anak orang islam. Anak india tertarik dengan islam kerana teman-temannya juga islam. Anak islam menjadi bertaqwa juga kerana sahabat-sahabatnya beriman. Saya juga sama, saya beruntung kerana 'terpengaruh' dengan orang yang baik-baik. Melalui merekalah, Allah turunkan hidayah.

Terhalang.
Tapi...umat islam harini tidak lagi boleh menjadi contoh buat non-muslim. Mengapa?

Sikap umat islam yg berdiri di muka pintu, tidak keluar dan tidak masuk menyebabkan orang-orang yang mahu masuk melalui pintu itu terhalang. Maknanya, orang islam kini ramai hanya islam pada nama.Tidak mengamalkan islam, tetapi mengaku islam! Ini menyebabkan orang-orang yang mahu masuk ke dalam islam tawar hati.


(manusia perlu pakai topeng begini jika mahu sangat bermaksiat. Biar orang tak kenal)

Lain kali kita berbicara soal ini lagi, kerana post kali ini asalnya, peribadi untuk saya memberi penghargaan dan kesyukuran kepada Allah kerana 'melepaskan' saya.

Sedikit perbandingan.
Hari-hari awal saya menerima hidayah, memang saya tinggal terus semua tabiat buruk saya dahulu. Antaranya tabiat mencarut dan mengarut yang sejak dari sekolah (sekolah lelaki,faham-fahamlah), sangat kronik. Syukur alhamdulillah tabiat tu tinggal terus, juga sifat-sifat buruk dan keji yang lain. Tak perlulah saya membuka pekung sendiri. Cukuplah. Saya serik menjadi orang yang tidak faham mengapa Allah jadikan saya manusia, bukannya burung atau pokok.

Jika dulu, hendak datang kepada perintah Allah,mudah! Biasalah, jika hati sudah 'diganti' dengan yang baru. Putih bersih berkilat, maka tentu performance bagus.Efficient. Namun semakin hari-semakin susah nak istiqamah dengan amal-amal baik. Jika dahulu kadar maksiat dan dosa hanyalah berlaku dgn tidak sengaja, tapi sekarang benyak pula dosa yang disengajakan.

Ah! Aku gagal utk beristiqamah!

Bukankah meninggalkan dosa itu juga satu perintah? bukankah melaksanakan perintah Allah itu ibadah?

Benar! tapi susah sekali hendak istiqamah lebih-lebih lagi dalam perkara meninggalkan dosa!

Kesimpulan
Semua orang perlu mencari hidayah. 'Ikat tali unta dahulu, kemudian bertawakkal'-riwayat ahmad. Yakinlah, jika kita mendatangi (ingin mencari petunjuk) Allah dengan berjalan,Allah akan mendatangi kita(memudahkan jalan bagi kita) dengan berlari. Usah mengamalkan prinsip 'bulan jatuh ke riba'.

Fikirlah, adakah kita mampu menahan sakit dan peritnya azab Allah yang di akhirat kelak, 1 hari bersamaan dengan 1000 tahun dunia ini? Jika jawapannya 'tidak', ayuh kita berhijrah.


No comments:

Post a Comment

 

© Copyright Pedoman101 2010 -2011 | Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.comfree download all.