footerwidget1

News Update :

Monday, January 16, 2012

PANDUAN 101 CUBALAH MAKAN TALBINAH


Sesungguhnya talbinah (adunan yang terbuat dari gandum dan buah kurma) itu dapat menyembuhkan hati yang sakit dan menghilangkan kesedihan. Talbinah adalah ubat yang tidak di sukai namun sangat bermunafaat. Masaklah sup (sup daging) kemudian dituang ke atasnya Talbinah kerana sesungguhnya al-Talbinah melegakan hati dan menghilangkan sebahagian kesedihan. Juga sesuai untuk ibu-ibu yang sedang mengandung dan selepas melahirkan anak. Talbinah ialah air dari tepung barli yang dikisar. Dipanggil dengan Talbinah kerana ia menyerupai susu pada warnanya yang putih dan keadaannya yang cair. Kadang-kadang dicampurkan ke dalamnya madu.

Ramuan dan resipi talbinah adalah seperti berikut;

1. Kisaran kacang barli (tepung barli)

2. Madu

3. Susu (kambing/unta)

4. Sedikit air

Gaul tepung barli dan air di dalam periuk di atas api yang sederhana. Apabila sudah likat, masukkan madu. Kemudian akhir sekali masukkan susu dan gaul hingga likat. Jika suka, boleh tambah hirisan kurma ajwa.


Salam Ukhuwah..~



SUMBER

No comments:

Post a Comment

 

© Copyright Pedoman101 2010 -2011 | Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.comfree download all.